DuitNow QR merupakan kod imbasan universal yang ditawarkan oleh PayNet – sebagai salah satu usaha untuk menggunakan hanya satu kod QR untuk transaksi nirwayar melalui dompet digital.

Terbaru, dompet digital Touch ’n Go eWallet telah pun menambah sokongan untuk pembayaran DuitNow QR ini – sekaligus memudahkan lagi proses pembayaran di kedai fizikal.

Kini, anda boleh menggunakan dompet digital Touch ’n Go eWallet, dan membuat bayaran kepada pengguna atau pekedai dengan hanya mengimbas kod DuitNow QR. Ini sekaligus memberikan pengguna lebih fleksibiliti, serta kemudahan untuk pekedai hanya memaparkan satu kod QR sahaja untuk menerima transaksi nirwayar.

Selain Touch ’n Go eWallet, sebelum ini pihak Shopee turut telah menambah sokongan pembayaran DuitNow QR pada ShopeePay.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.