Touch ’n Go eWallet sebelum ini telah menambah sokongan untuk menggunakannya sebagai salah satu medium pembayaran pada Google Play Store. Kini, bersempena dengan pengenalannya, Touch ’n Go eWallet menawarkan pulangan tunai sebanyak RM5 untuk perbelanjaan pertama di Google Play Store.

Promosi ini ditawarkan untuk pengguna yang melakukan pembayaran pertama untuk Google Play melalui Touch ’n Go eWallet. Pengguna akan menerima pulangan tunai untuk belanja mereka 100% – dihadkan kepada RM5.

Touch ’n Go eWallet turut mengatakan promosi ini diterhadkan kepada 90,000 pengguna pertama sepanjang tempoh proosi ini, dan ia ditawarkan sehingga 30 April 2021 kelak.

Layari : TNG eWallet RM5 Google Play Store

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.