Touch n Go Membuka Semula Pendaftaran Penguji Beta Untuk RFID

Touch ’n Go sebelum ini telah memulakan ujian rintis untuk penggunaan RFID di lebuh raya dikalangan pengguna umum sejak bulan September 2018 lepas. Ketika itu, ia ditawarkan dengan bilangan penguji yang terhad – dan menutup pendaftaran tidak lama selepas itu.

Kini, lanjutan pelbagai maklumbalas daripada fasa pertama ujian, TnG dilihat membuka kembali fasa kedua ujian beta untuk para pengguna mengujinya dan memberikan maklumbalas kepada pihak Touch ’n Go.

Bagi anda yang berminat, dan menduduki lokasi sekitar Lembah Klang, anda boleh membuat pendaftaran minat, dan menyertai komuniti penguji RFID ini.

Ia tidak diketahui sehingga bilakah pihak Touch n Go akan membuka ujian beta fasa kedua ini. Mereka mengatakan bilangan slot adalah terhad, dan anda boleh mendaftarkan untuk mencubanya hari ini.

Daftar : TnG RFID

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.