Touch ‘n Go Memperkenalkan Mobility eXperience – Portal Memantau Penggunaan Tag RFID

Alternatif kepada SmartTag dari Touch ‘n Go adalah tag RFID. Pengguna akan lebih mudah ketika memandu dan melepasi tol-tol di jalan raya. Tida perlu risau mengenai tambah nilai, kerana semua nilai dan penggunaan boleh dipantau melalui aplikasi TNG eWallet.

This slideshow requires JavaScript.

Terkini, Touch ‘n Go memperkenalkan Mobility eXperience – iaitu hab pemantauan penggunaan tag RFID. Melalui Mobility eXperience, pengguna boleh semak sejarah transaksi, profil pengguna, tukar kata laluan, menambah tag RFID sendiri, tukar tag RFID, semak akaun TNG eWallet mana yang diselarikan dan juga bayaran balik atas isu-isu tertentu.

Mobility eXperience ini dilihat menggunakan akaun Touc ‘n Go sedia ada dan mereka yang sudah mempunyai akaun ini – boleh terus melayari laman web mx.touchngo.com.my untuk terus menggunakannya. Dengan tag RFID yang kini sedia dijual di Shopee dan Lazada, ia akan memudahkan lagi pengguna jika ingin menambah kenderaan dan/atau menggantikan tag baru.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*