Antaramuka baru diperkenalkan pada peranti Samsung Galaxy S8 dan S8+. Seperti pada pelancar Pixel, talam aplikasi diakses dengan melakukan tatalan dari atas ke bawah pada skrin. Pengguna Galaxy S8 melaporkan terdapat sedikit sela masa dikesan pada animasi apabila paparan berubah kepada skrin talam aplikasi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Samsung memberikan kemaskini kepada aplikasi TouchWiz Home. Turut diperbaiki ialah memudahkan ikon aplikasi dilihat apabila latar belakang berwarna putih digunakan. Kemaskini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan saiz tidak mencecah 5 MB.

Muat turun kemaskini untuk Samsung TouchWiz Home dari Google Play

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.