Toyota Dan Panasonic Akan Memulakan Kerjasama Pembangunan Bateri Untuk Kenderaan Elektrik Bermula April Ini

Dua syarikat teknologi besar dari Jepun, iaitu Toyota dan Panasonic baru-baru ini dilaporkan akan membuka sebuah perniagaan pembangunan bateri untuk kenderaan elektrik yang dinamakan Prime Planet Energy and Solutions.

Prime Planet Energy and Solutions akan mempunyai sekitar 5100 orang pekerja, dimana Toyota akan memiliki 51 peratus daripada pegangan syarikat tersebut, manakala Panasonic akan memiliki bakinya.

Syarikat ini akan beroperasi bermula bulan April tahun ini, dan akan membina bateri kenderaan elektrik berbentuk petak ataupun prismatik, dan boleh ditempah oleh mana-mana pembina kenderaan elektrik di seluruh dunia.

Toyota tidak baru didalam arena pembangunan teknologi kenderaan elektrik ini. Kenderaan hibrid Prius yang menggunakan gabungan enjin petrol dan elektrik telah dipelopori mereka sejak 1997, manakala Panasonic pula telah membekalkan bateri secara eksklusif untuk Tesla, jenama kenderaan elektrik yang paling terkenal di dunia pada ketika ini.

Toyota dan Panasonic menjangkakan bahawa permintaan untuk bateri kenderaan elektrik akan meningkat dengan mendadak pada tahun ini, khususnya di pasaran-pasaran seperti Amerika Syarikat dan China.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.