Pada hari ini, pelbagai syarikat automotif dan teknologi yang sedang memfokuskan kepada arena swapandu – dan salah satu perkara yang ditekankan adalah dalam memastikan pengguna tiba di destinasi dengan selamat melalui sokongan teknologi.

Toyota turut tidak ketinggalan dan sedia membangunkan teknologi swapandu mereka. Menariknya, bahagian kajian Toyota turut sedang melihat jauh ke hadapan, dan ingin mengintegrasikan naluri seumpama pemandu kereta lumba ke teknologi swapandu mereka.

Toyota Research Institute bekerjasama dengan Standford Dynamic Design Lab dalam membangunkan ujian ini, dalam usaha menjadikan pemanduan lebih selamat lagi.

Seperti ramai sedia maklum, keadaan di jalan raya boleh berubah dalam hanya sedetik, dan dengan naluri yang bergerak pantas, pemanduan boleh mengelak daripada berlakunya sebarang kemalangan.

Melalui apa yang dipertontonkan oleh Toyota dan juga Standford Dynamic Design Lab ini, ia memaparkan kebolehan untuk drift dalam sesuatu keadaan.

Buat masa ini, teknologi ini masih sedang dibangunkan lagi, dan tidak mustahil kita melihatnya diimplementasikan pada kenderaan pada masa akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.