Toyota Membangunkan Kereta Elektrik Yang Menggunakan Kuasa Solar Sepenuhnya

Kenderaan elektrik adalah mesra alam sekitar tetapi di negara seperti di Malaysia penggunaannya masih belum praktikal kerana kurangnya jumlah stesen pengecas. Kekurangan ini membuatkan ia masih belum mampu menggantikan kereta bahan api fosil untuk perjalanan yang jauh. Toyota minggu ini mengumumkan hasrat membangunkan kereta elektrik dengan tenaga solar sepenuhnya yang tidak perlu dicas untuk beroperasi.

Langkah pertama merealisasikan impian ini ialah menggunakan panel solar baharu pada permukaan badan sebuah Toyota Prius. Panel solar generasi baharu keluaran Sharp ini hanya setebal 0.03 mm yang memudahkannya dipasang pada bahagian atap, bonet dan penutup ruang simpanan kenderaan. Pada waktu ini pengecasan solar sepenuhnya mampu memberikan Prius ini jara operasi sekitar 57 kilometer.

Sungguhpun ujian awal ini menunjukkan teknologi ini boleh digunapakai, kereta elektrik di pasaran yang menggunakan tenaga solar sepenuhnya tanpa perlu dicas menggunakan palam elektrik masih memerlukan masa beberapa tahun lagi sebelum menjadi realiti.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.