Trem Swapandu Tanpa Rel Autonomous Rail Rapid Transit (ART) Mungkin Digunakan Di Pulau Pinang

June tahun lalu pihak China Railway Construction Corporation (CRCC) telah memperlihatkan sistem Autonomous Rail Rapid Transit (ART) yang tidak memerlukan rel seperti trem biasa. Menurut laporan New Straits Times, ART kini sedang dipertimbangkan untuk kegunaan di Pulau Pinang.

Pulau Pinang ingin mengembalikan semula sistem trem yang pernah digunakan dari 1924 hingga 1961. Dengan ART, rel trem baharu tidak perlu ditanam pada permukaan jalan. Ia turut mempunyai sistem swapandu serta menggunakan kuasa elektrik bagi mengurangkan pencemaran.

Dengan konfigurasi empat gerabak, 300 penumpang boleh dibawa pada satu-satu masa dengan kelajuan maksimum 70 kmj. Buat masa ini ART hanya beroperasi di bandar Zhuzhou yang terletak di provinsi Hunan China.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.