Pada bulan lalu, Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan mula menggunakan cip mereka sendiri, iaitu Apple Silicon berdasarkan Arm untuk peranti-peranti Mac akan datang.

Pelbagai spekulasi tiba mengenai siapakah akan membina cip tersebut untuk Apple, dengan nama TSMC sering diperkatakan kerana mereka sudahpun membangunkan cip-cip untuk peranti telefon dan tablet mereka.

DigiTimes baru-baru ini telah mengesahkan bahawa TSMC juga akan membangunkan cip Apple Silicon untuk peranti-peranti Mac tersebut, dan dilihat bagaimana ruangan pengilangan telah dikosongkan oleh Huawei, ini bukanlah keputusan yang mengejutkan.

Akan tetapi, tiada butiran yang diketahui buat masa ini samada Apple Silicon ini akan dibangunkan menggunakan proses 7nm ataupun 5nm.

Ia juga dilaporkan bahawa TSMC menjangka Apple akan tiba dengan permintaan besar untuk pengilangan cip pemprosesan pada tahun 2021 kelak apabila mereka mula menjual semua peranti-peranti mereka menggunakan Apple Silicon tersebut

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.