Ada banyak perkhidmatan penstriman di luar sana tetapi 99% memerlukan langganan. Tubi yang mungkin ramai tidak gunakan adalah unik kerana ia menawarkan penstriman pelbagai kandungan secara percuma dan boleh diakses di Malaysia. Ia menjadi tempat untuk menonton filem Indie dan bertahap kultus seperti Velocipastor tahun lalu. Kini menurut Bloomberg, mereka turut akan menghasilkan kandungan asli dalam bentuk siri TV dan filem.

Fox mengambil alih Tubi tahun lalu dalam pertemuan dengan pelabur menyatakan hasrat untuk menawarkan kandungan asli. Tidak seperti laman penstriman lain, kandungan yang dihasilkan akan dihasilkan menggunakan kos yang rendah bagi memaksimumkan keuntungan kerana ia dijana sepenuhnya menerusi pengiklanan semata-mata. Sehingga penghujung 2020, Tubi mempunyai sekitar 33 juta pengguna aktif bulanan. Masih kecil jika dibandingkan dengan Netflix (203 juta) dan Disney+ (100 juta).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.