Tun M : Malaysia Akan Menggunakan Teknologi Huawei Seberapa Banyak yang Boleh

Tun M hari ini telah berucap pada acara Future of Asia yang dianjurkan di Jepun, dan pada masa yang sama turut berkongsi pandangan berkenaan kes Huawei baru-baru ini. Untuk makluman, pihak Amerika Syarikat telah menambah Huawei dibawah senarai hitam, sekaligus membuatkan pelbagai syarikat di Amerika Syarikat tidak bekerjasama dengan pihak Huawei. Ini sekaligus membawa kepada pelbagai kesan, termasuk perkembangan teknologi secara keseluruhan.

Bercakap mengenainya, Tun Mahathir mengatakan yang mana Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei seberapa banyak yang boleh.

Beliau turut mengatakan yang mana kajian dan pembangunan yang dilakukan oleh Huawei adalah jauh lebih besar daripada kemampuan keseluruhan Malaysia. Tun M turut menambah mengatakan yang mana persaingan perlu sihat, dan bukannya menghalang atau mengharamkan sesuatu perkara apabila negara berkenaan ketinggalan dalam pembangunan.

Sebelum ini, semalam pihak Huawei turut telah memfailkan usul mahkamah untuk menentang halangan Amerika Syarikat.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.