Turbin angin terbesar dunia di Fukushima, Jepun.

Dengan jarak 12 kilometer daripada kawasan tragedi loji nuklear di Fukushima, Jepun, turbin angin yang terbesar dunia telah hampir siap dibina dengan usaha sama kerja syarikat Marubeni, Mitsubishi, Hitachi dan Universiti Tokyo. Dengan ketinggian 190 meter, turbin angin ini mempunyai 3 bilah selebar 80 meter dan mempunyai ketahanan struktur sehingga 300 kilometer perjam kelajuan angin.

turbin-angin

Turbin angin ini adalah yang kedua dibina di mana yang pertama telah diuji dapat menghasilkan tenaga sebanyak 2000 kilowatt, berbanding yang kedua ini direka supaya mampu menghasilkan tenaga sehingga 7000 kilowatt, 3.5 kali ganda lebih kuasa. Inisiatif baharu oleh kerajaan Jepun dalam menggunakan tenaga baharu justeru turbin angin ini menjadi satu-satunya turbin yang paling berkuasa di dunia.

turbin-angin-2

Oleh kerana muka bumi Jepun yang selalu dihempas oleh Tsunami dan gempa bumi, reka bentuk turbin ini adalah turbin angin terapung, yang menarik adalah bagaimana turbin yang seberat 1500 tan dibina atas platform terapung yang mempunyai berat 5000 tan. Kerajaan Jepun telah mengeluarkan dana sebanyak 50 billion yen (angggaran RM1.5 billion) untuk projek tenaga baru ini untuk menggantikan kuasa loji nuklear.