Isu utama Pembelajaran dan Pengajaran Dari Rumah (PdPR) ialah kurangnya akses kepada peranti dan capaian internet terutamanya di kalang insan kuran berada serta duduk di luar bandar. Terdapat pelbagai idea diutarakan seperti pemberian peranti percuma kepada yang memerlukan. Hari ini Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan slot khas untuk kelas KAFA akan ditayangkan saluran TV Al Hijrah.

Slot Kelas KAFA TVAH akan ditayangkan setiap hari bagi memenuhi keperluan pengajian keagamaan yang terjejas kerana wabak Covid-19 yang kembali serius di Malaysia sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Waktu tayangan dan bilakah slot akan ke udara masih belum diumumkan. Ia akan dikelolakan oleh JAKIM dan JAWI selaku agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Agama.

Diharap inisiatif ini boleh dipanjangkan juga kepada pengajaran kelas lain kerana akses kepada televisyen di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding akses kepada peranti dan internet berkelajuan tinggi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.