Twitch yang dimiliki oleh Amazon telah diperkatakan sebelum ini yang mana mereka akan mula menjual permainan video melalui platform berkenaan. Hari ini, secara rasminya pihak Twitch mengumumkan perkara berkenaan, dan telah mula menawarkan sekitar 50 permainan video untuk dibeli terus melalui Twitch.

Antara permainan yang ditawarkan adalah termasuk For Honor, Minecraft, Ghost Recon, dan pelbagai permainan menarik yang lain.

Twitch Games

Twitch turut menyediakan beberapa ganjaran tambahan seperti Twich Crates, selain pembelian melalui platform berkenaan juga akan membantu penstrim permainan menerima sebahagian daripada nilai pembelian.

Buat masa ini, semua pengguna seluruh dunia boleh membuat pembelian. Ia dilakukan menggunakan akaun Amazon, dan memaparkan mata wang US sahaja buat masa ini. Twitch mengatakan mereka akan menambah lebih banyak sokongan mata wang dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.