Twitch merupakan sebuah platform penstriman game yang sangat popular, telah mendapat hak penyiaran dengan sebuah syarikat permainan video yang ternama, iaitu Blizzard.

Perjanjian dua tahun bersama Blizzard itu akan memberikan Twitch akses kepada penyiaran untuk semua acara e-sukan besar di masa akan datang, dari tajuk permainan seperti Overwatch, World of Warcraft, dan Starcraft. Lebih 20 acara e-sukan bakal diadakan, dan segalanya anda boleh saksikan terus dari platform Twitch, termasuklah Heroes of the Storm Global Championship, StarCraft II World Championship Series, Hearthstone Global Games, World of Warcraft Arena Championship and the Overwatch Premier Series, dan banyak lagi.

Pada tahun lepas (2016) sahaja, jumlah tontonan kepada semua acara e-sukan telah disaksikan lebih daripada 320 juta orang, dan peningkatan sebanyak 90 peratus dari tahun sebelumnya, mengikut data dari Google.

Perjanjian antara Twitch dan Blizzard ini pastinya akan memberikan kelebihan besar kepada pesaing mereka yang lain, seperti YouTube Gaming contohnya, dalam industri penstriman permainan video.

Lebih daripada 100 juta pengguna menonton kandungan Twitch setiap bulan, dan separuh dari pengguna tersebut telah menghabiskan masa lebih dari 20 jam setiap minggu menggunakan servis mereka.

sumber : http://techoais.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.