Ciri nyah-hantar (undo) ciapan telah ditemui oleh Jane Wanchun Wong pada aplikasi Twitter awal bulan ini. Ia masih bukan ciri suntingan ciapan yang telah lama diminta pengguna tetapi adalah langkah ke hadapan yang dinantikan. Kini Twitter mengesahkan ciri ini sedang diuji dan kelak akan diberikan kepada pengguna yang membayar langganan bulanan.

Menerusi ciri ini, pengguna diberikan beberapa ketika untuk menaik semula ciapan yang telah dihantar. Ini boleh membantu mereka yang menyedari terdapat kesilapan ejaan atau maklumat yang salah berlaku selepas butang hantar ditekan. Twitter banyak memperkenalkan ciri baharu untuk mengekalkan jumlah pengguna. Antara yang menarik perhatian ialah Spaces yang seakan Clubhouse. Sungguhpun begitu kami rasakan ciri sunting ciapan perlu diberikan dan kami sanggup melanggan untuk menggunakannya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.