Kebelakangan ini, Twitter telah melancarkan beberapa ciri-ciri dan sokongan baru, termasuklah Twitter Lite yang berdasarkan Progressive Web App, membuang nama pengguna daripada diambil-kira sebahagian dari had aksara dan juga sistem penapisan pengguna yang diperbaiki.

Servis media sosial tersebut kini sedang menguji sistem sokongan pengguna melalui bot @Support. Menurut Twitter, apabila sokongan ini berfungsi secara penuh kelak, pengguna-pengguna boleh menggunakan sistem Direct Messaging untuk menghantar mesej terus kepada akaun sokongan tersebut untuk membantu dengan sebarang masalah yang sedang anda alami dengan Twitter.

Malah, jurucakap Twitter juga berkata bahawa pengguna juga boleh menghantar mesej DM kepada akaun @Support tersebut untuk tips cara-cara anda boleh menggunakan Twitter dengan lebih lancar.

Buat masa ini, sistem sokongan pengguna ini hanya hadir untuk segelintir kecil pengguna Twitter, dan dalam pada itu, ia hanya mampu memberi jawapan yang ringkas, dan akan menghantar anda pautan untuk mengisi borang. Dalam pada itu, bot @Support ini juga kini difokuskan kepada lima kategori, termasuklah Abuse, Impersonalization, General , Accounts dan juga TwitterTips.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.