Gambar yang diambil menggunakan kamera pada telefon pintar kini adalah beresolusi tinggi. Namun begitu apabila dimuat naik ke media sosial, sistem mampatan imej menyebabkan kualitinya hilang. Oleh itu sukar bagi kami untuk membuktikan bahawa gambar dar peranti A adalah lebih baik dari peranti B apabila di Twitter misalnya. Hari ini Twitter memulakan ujian yang membenarkan pengguna memuat naik gambar sehingga resolusi 4K.

Ia diberikan secara rawak kepada pengguna tertentu. Sekiranya anda terpilih, skrin di atas akan dapat dilihat pada skrin tetapan penggunaan data aplikasi. Anda boleh memilih untuk memuat naik imej resolusi tinggi sepanjang masa atau jika hanya disambung kepada WiFi. Ujian diberikan kepada pengguna aplikasi Android dan iOS. Selain itu sebuah lagi ujian turut dilakukan dimana imej yang dimuat naik akan dipaparkan pada nisbah sebenar. Jika gambar menegak, imej kecil pada susur masa juga menegak.

Selama ini Twitter menggunakan algoritma untuk mencari subjek pada imej sebelum menghasilkan imej kecil yang bernisbah 16:9. Malang sekali Twitter masih belum membenarkan muat baik video pada resolusi tinggi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.