Twitter kini sedang menguji sebuah ciri baru, yang membolehkan pengguna “nyah-hantar” sesuatu Tweet sebelum ia diterbitkan kepada umum.

Melalui ciri ini, apabila pengguna menghantar sesuatu Tweet, ia akan memaparkan mesej sekitar 5 saat sebelum sesuatu Tweet berkenaan diterbitkan. Butang “Undo” dipaparkan, dan apabila ditekan, ia akan membolehkan pengguna menyunting kembali Tweet berkenaan.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna melakukan sebarang penyuntingan, dan memberikan masa tambahan untuk anda berfikir sebelum menerbitkan sesuatu Tweet.

Buat masa ini, ciri ini masih lagi sedang pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada umum.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.