Twitter Untuk iPhone Kini Menyertakan Sokongan Penjimatan Data

Twitter sedia menyertakan sokongan penjimatan data pada beberapa aplikasi dan juga web, dan kini ia dilihat Twitter turut memperluaskan penawaran fungsi berkenaan kepada pengguna iPhone.

Twitter iPhone

Pengguna iPhone boleh mengemaskini aplikasi Twitter hari ini, dan mengaktifkan ciri “Data Usage” pada halaman tetapan – sekaligus lebih menjimatkan data dari digunakan aplikasi perkhidmatan sosial berkenaan. Apabila ciri ini diaktifkan, ia akan mengehadkan media dimuat-turun seperti gambar, video dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Twitter pada iPhone, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baru ini.

Muat-Turun Twitter untuk iPhone

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.