Uber Banjir Pulau PinangUber Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka akan membuat beberapa perubahan sementara untuk pengguna Uber di Pulau Pinang disebabkan oleh banjir.

Menurut Uber, mereka akan mematikan sementara kos bayaran berganda (surge pricing) dan juga caj pembatalan bagi pengguna-pengguna di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Uber turut menekankan yang mana penawaran pemandu mungkin adalah terhad di Pulau Pinang buat sementara waktu disebabkan oleh bencana banjir ini.

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk berjaga-jaga ketika musim hujan ini, dan mengelak daripada kawasan banjir. Anda boleh ikuti pelbagai pengumuman semasa kerajaan negeri berkaitan amaran bencana dan sebagainya melalui laman Alert Penang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.