Uber Memperlihatkan Rekaan Kokpit Teksi Terbang Mereka

Uber ingin merealisasikan perkhidmatan teksi terbang dalam masa beberapa tahun. Sejak diumumkan tiga tahun yang lalu, Uber Air telah berkongsi rekaan konsep electric Common Reference Model (eCRM) tahun lalu. Di acara Uber Allevate yang sedang berlangsung hari ini, mereka memperlihatkan rekaan konsep kokpit untuk teksi terbang mereka.

Kokpit teksi terbang ini mampu menempatkan empat orang penumpang dan seorang juruterbang. Juruterbang berada di kedudukan tengah. Ruang kargo untuk beg diletakkan di tempat duduk belakang. Konsep ini dihasilkan oleh firma Safran Cabin.

Pada waktu yang sama Uber mengumumkan ujian untuk teksi terbang akan dilakukan pada tahun 2020 dengan operasi komersial bermula pada tahun 2023. Perkhidmatan akan ditawarkan di bandaraya Dallas, Los Angeles dan Melbourne Australia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.