Ubisoft Forward: Cara Untuk Menuntut Watch Dogs 2 Secara Percuma (PC)

Selepas siaran langsung Ubisoft Forward melabuhkan tirai, Ubisoft menawarkan pelbagai hadiah dan barangan percuma kepada sesiapa yang log masuk dan menonton striman mereka.

Namun atas sebab ketidakstabilan pelayan Ubisoft, mungkin terlalu ramai log masuk ke Uplay menyebabkan servis tersebut lumpuh semasa striman sedang dimainkan, khusunya semasa mereka mengumumkan permainan Watch Dogs 2 (PC) secara percuma.

Berikutan dengan isu tersebut, Ubisoft masih menawarkan permainan percuma namun melalui pautan ini, mengikut dari penerangan mereka di laman web mereka.

Selepas pendaftaran dibuat, Watch Dogs 2 dan beberapa barangan didalam permainan bakal diberi, namun tuntutan ini akan diberi dalam masa beberapa jam sehingga sehari.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*