Ubisoft Menyaman Apple Dan Google Berkenaan Permainan Seakan Rainbow Six Siege

Ubisoft hari ini dilaporkan memfailkan tuntutan saman kepada Apple dan Google atas sebab satu permainan didalam Apple Apps Store atau Google Play yang menyerupai dengan permainan Rainbow Six Siege.

Permainan yang bernama Area F2, dan menurut dari laporan Bloomberg, ianya adalah salah satu permainan yang dibangunkan oleh anak syarikat Alibaba, Ejoy.com. Area F2 baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas dan dipasarkan sebagai permainan penembak “Pertempuran Jarak Dekat” yang pertama di dalam dunia permainan mudah alih.

Rainbow Six Siege adalah salah satu permainan yang popular dengan teknik permainan uniknya yang lebih kepada taktikal dan kerja berpasukan. Permainan ini telah mencapai 3 juta pemain dalam satu masa dengan jumlah keseluruhan 55 juta pendaftaran.

Setakat ini aplikasi Area F2 masih lagi terlihat didalam Google Play dan juga Apple Apps Store dan tiada lagi komen dibuat oleh kedua-dua pihak.

Sumber: Bloomberg

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*