Ubuntu 19.04 “Disco Dingo” Kini Sedia Dimuat-Turun

Ubuntu adalah salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular, dan digunakan ramai diseluruh dunia. Terkini, pembangunnya Canonical telah pun mengumumkan pelancaran Ubuntu 19.04 “Disco Dingo”, sekaligus membolehkan semua pengguna Ubuntu menaik-taraf ke versi sistem operasi terbaru ini.

Ubuntu 19.04

Ubuntu 19.04 akan disokong selama 9 bulan lamanya, dan versi terbaru ini menawarkan sejumlah penambah-baikkan dari segi prestasi, sekaligus menjadikan ia beroperasi dengan lancar, termasuk paparan animasi, dan juga dari segi penggunaan CPU dan GPU.

Disamping itu, Ubuntu 19.04 turut menyertakan pelbagai perisian versi terbaru bersama dengannya, kemudahan untuk menaik-taraf ke versi perisian baru melalui sokongan notifikasi pada aplikasi Software Updater, dan juga kemaskini pada tema Yaru.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 19.04 hari ini, dan menggunakannya pada komputer anda secara percuma.

Muat-Turun Ubuntu 19.04 Disco Dingo

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.