Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang mempunyai ramai pengguna seluruh dunia. Terbaru, pembangunnya telah pun memperkenalkan versi terbaru sistem operasi berkenaan, iaitu Ubuntu 20.04 “Focal Fossa”.

Sistem operasi ini adalah versi “LTS”, dimana ia hadir dengan sokongan kemaskini sekuriti selama 5 tahun – sekaligus menjadikannya sesuai untuk digunakan bukan sahaja pengguna biasa, tetapi juga perusahaan.

Ubuntu 20.,04 hadir dengan sokongan kernel Linux 5.4, dilengkapi rekaan skrin kunci yang baru, pilihan tema gelap, kemaskini pada kedai Ubuntu Software, penambah-baikkan pada panel tetapan, dan juga mod Do Not Disturb.

Seperti biasa, ia turut menyertakan kemaskini dari segi perisian dan juga pemacu yang disertakan bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 20.04 LTS hari ini, atau menaik-taraf daripada pemasangan sistem operasi sedia ada anda.

Muat-Turun Ubuntu 20.04 LTS .iso

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.