TechSemut Malaysia

Ubuntu, Fedora Dan SUSE Akan Ditawarkan Melalui Windows Store

Ubuntu, Fedora Dan SUSE Akan Ditawarkan Melalui Windows Store

Ubuntu, Fedora Dan SUSE Akan Ditawarkan Melalui Windows Store
Mei 11
22:45 2017

Microsoft sedia membuat kejutan dengan mengumumkan iTunes bakal ditawarkan melalui Windows Store. Kini, selain daripada perisian, Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sistem Linux melalui Windows Store.

Ia akan bermula dengan penawaran Ubuntu di Windows Store, dan diikuti oleh Fedora dan SUSE tidak lama lagi.

Ubuntu Fedora SUSE

Untuk makluman, pada tahun lepas, Microsoft sedia mengumumkan kebolehan memasang Bash pada Windows 10 hasil kerjasama bersama pihak Canonical. Walaubagaimanapun, proses pemasangan berkenaan boleh dikatakan memerlukan beberapa langkah, dan kini dalam proses memudahkannya, Ubuntu akan terus ditawarkan melalui Windows Store.

Ia secara tidak langsung turut akan membolehkan para pelajar menggunakan perisian dan sistem sumber terbuka ketika dalam pembelajaran menggunakan Windows 10 S yang diumumkan baru-baru ini.

Selain daripada Ubuntu, sistem lain yang akan turut ditawarkan melalui Windows Store adalah Fedora dan juga SUSE.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com