Ubuntu Kini Ditawarkan Melalui Windows Store

Pada acara BUILD 2017 yang lepas, ia telah diumumkan yang mana beberapa sistem operasi Linux akan hadir ke Windows Store untuk memudahkan pengguna memasangnya pada komputer mereka, dan salah satunya adalah Ubuntu. Kini, ia dilihat Ubuntu telah pun diterbitkan pada Windows Store, sekaligus membolehkan para pengguna Windows Insider untuk memuat-turun dan mencubanya.

Ubuntu Fedora SUSE

Dengan adanya Ubuntu pada Windows ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menjalankan Terminal, serta menggunakan pelbagai arahan Ubuntu seperti bash, ssh, git dan sebagainya.

Melalui Windows Store, pihak Canonical menawarkan Ubuntu 16.04 LTS.

Bagi pengguna umum, anda boleh menggunakan Ubuntu daripada Windows Store ini melalui kemaskini Windows 10 Fall Creators Update kelak.

Muat-Turun Ubuntu pada Windows Store

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.