Ujian 5G Akan Dimulakan Di Putrajaya Dan Cyberjaya Bermula Bulan November 2018

Pada awal hari ini, kami telah melaporkan yang mana kerajaan telah memilih Putrajaya dan Cyberjaya sebagai lokasi tapak ujian untuk rangkaian mudah-alih generasi baru, 5G.

Lanjutan daripadanya, kini ia turut dikongsikan yang mana ujian berkenaan akan dilakukan untuk tempoh setahun – bermula daripada November 2018 ini.

Pelbagai pihak akan terlibat dalam ujian rangkaian 5G untuk tempoh setahun ini, termasuk syarikat telekomunikasi, penyelidik, syarikat teknologi, badan kerajaan, dan sebagainya.

Dengan ujian awal ini, ia akan membantu kerajaan dalam melakukan beberapa perkara – termasuk dari segi persediaan gelombang dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah implementasi menyeluruh untuk rangkaian 5G ini akan dilakukan. Memandangkan ujian ini akan mengambil tempoh setahun, maka kita mungkin melihat ujian komersil dilakukan selepas itu, sekitar 2020 atau 2021.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.