Dunia dengan kenderaan terbang semakin hampir menjadi realiti. Minggu lalu teksi terbang VoloCopter berjaya melakukan ujian di Dubai. Airbus turut mempunyai impian menjadi kuasa besar teksi terbang dengan projek CityAirbus mereka. Mereka telahpun mengumumkan ujian enjin dan kipas untuk CityAirbus berjaya dilakukan dengan jayanya.

Motor elektrik 100KW keluaran Siemens telah diuji bersama dengan kipas dengan rekaan dua bilah. Dengan kejayaan ini, CityAirbus mengikut jadual untuk melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 2018. Sekiranya ujian ini turut berjaya, teksi swaterbang elektrik ini akan memulakan operasi pada tahun 2023. Berbeza dengan Volocopter, CityAirbus mampu membawa empat penumpang secara serentak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.