Ulasan Kingston Canvas Go! Plus – Storan Besar Dalam Rekaan Paling Kecil

Storan MicroSD (Micro Secure Digital) sering digunakan untuk menambahkan jumlah storan pada peranti-peranti pintar mahupun konsol-konsol permainan.

Teknologi storan semakin berkembang setiap tahun dimana jenama-jenama pembuat storan ini akan tiba dengan pilihan baru dimana saiz storan dan prestasi penghantaran data semakin meningkat.

Kingston baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa siri kad MicroSD baru, dan diantaranya ialah Kingston Canvas Go! Plus yang telah mereka hantar kepada kami.

Kami berkesempatan untuk mengujinya dengan beberapa peranti milik kami sendiri, dan ini adalah ulasan kami mengenai storan kerdil ini, dan jika ia berbaloi dibeli.

Saiz Kecil, Storan Besar

Storan Kingston Canvas Go! Plus ini hadir dengan beberapa pilihan storan, daripada 64GB, 128GB, 256GB yang boleh didapati di kedai-kedai kamera dan komputer tempatan sekarang.

Pihak Kingston telah menghantar model Canvas Go! Plus dengan saiz storan 512GB kepada kami, dimana ia tiba dengan penyesuai SD dan juga sebuah bekas untuk menyimpan kad SD tersebut.

Dengan penyesuai ini, walaupun anda membeli kad MicroSD Canvas Go! Plus ini, anda boleh menggunakannya untuk storan gambar dan video pada peranti kamera dan kamera video.

Dengan storan ini, kami mengujinya dengan beberapa cara: Rakaman video menggunakan kamera, storan peranti pintar dan juga storan untuk konsol permainan Nintendo Switch.

Kami akan menguji kemampuan rakaman gambar dan video, dan juga melihat jika ada isu sela-masa apabila bermain permainan video ataupun permua yang disimpan didalam storan Canvas Go! Plus ini.

Rakaman Video

Ujian pertama kami ialah menggunakan storan Canvas Go! Plus ini didalam kamera Sony A7R MkIII kami yang digunakan untuk merakam video-video harian kami.

Dengan storan yang kosong, Canvas Go! Plus kami mampu menyimpan rakaman video pada resolusi 4K dengan kadar segar semula 30FPS selama 17 jam berturut-turut.

Dalam ujian kami, storan Canvas Go! Plus ini tidak mempunyai sebarang isu untuk merakam video-video kami. Malah, masalah tiba melalui kamera yang sering menjadi terlalu panas sewaktu rakaman dan perlu ditutup sementara untuk disejukkan.

Untuk memindahkan data daripada kad ini ke komputer, kebanyakan komputer riba sekarang mempunyai pembaca kad SD ataupun MicroSD terbina, tetapi jika diperlukan, anda juga boleh membeli pembaca kad MicroSD Kingston MobileLite Plus yang menyokong kadar penghantaran data USB 3.2.

Melalui ujian kami, kadar penghantaran data storan Canvas Go! ini boleh meningkat sepantas 170MB/s, iaitu sepadan dengan apa yang dikatakan oleh Kingston untuk kad MicroSD ini.

Peranti Mudah Alih

Seperti yang kami katakan sebelum ini, kad MicroSD Kingston Canvas Go! ini juga boleh digunakan untuk menambahkan storan peranti pintar yang mungkin tidak mempunyai jumlah storan yang begitu banyak.

Kami menguji kad ini didalam peranti pintar yang tidak mempunyai jumlah storan yang banyak. Untuk ini, kami memindahkan gambar dan video dari storan dalaman ke storan Canvas Go! Plus.

Pengguna peranti Android mempunyai pilihan untuk menggunakan storan SD untuk menyimpan gambar dan video. Bergantung kepada peranti, anda juga boleh menyimpan fail-fail aplikasi APK yang mempunyai saiz yang sangat besar, seperti permainan mudah-alih.

Bagi mereka yang membeli peranti dengan storan sedikit, kami mengesyorkan anda mendapatkan kad MicroSD Canvas Go! dengan pilihan storan sekurang-kurangnya 128GB untuk peranti tersebut.

Nintendo Switch

Beralih kepada ujian kami, iaitu Nintendo Switch, kami menguji dua permainan digital yang dimuat-turun terus kepada kad MicroSD ini, iaitu Animal Crossing dan juga Mario Kart 8.

Muat-turun permainan daripada Nintendo E-Shop kepada konsol ini boleh saya katakan agak perlahan, tetapi ini bukan salah kad storan tersebut kerana Nintendo Switch tidak mampu memaksimakan sambungan internet yang pantas.

Akan tetapi, jika anda mempunyai permainan yang sudahpun dimuat-turun pada storan utama konsol Switch, permainan tersebut boleh dipindahkan kedalam storan Canvas Go! Plus dengan cepat sekali.

Sebagai contoh, kami memindahkan permainan Mario Kart 8 yang bersaiz 7GB kedalam storan microSD tersebut dalam masa sekitar 4 minit sahaja.

Jika anda memiliki sebuah peranti Nintendo Switch ataupun Switch Lite, dan lebih gemar membeli permainan digital berbanding fizikal, storan Kingston Canvas Go! adalah sebuah storan tambahan yang mesti untuk konsol permainan tersebut.

Penutup

Tidak kira mengapa anda memerlukan storan MicroSD, anda tidak akan Kingston Canvas Go! tidak akan mengecewakan anda dengan pilihan jumlah storan yang pelbagai.

Ia juga menjanjikan kadar pembacaan dan penulisan data yang cukup pantas. Bukan sahaja anda boleh boleh bermain permua dan permainan konsol, jika anda seorang jurukamera profesional, anda boleh merakam video 4K dan menyunting video secara terus daripada kad storan tersebut.

Tanda harga dan kedai yang menjual kad SD Kingston Canvas Go! Plus ini sudahpun kami laporkan di sini. Variasi yang dihantar kepada kami, iaitu storan 512GB dijual pada harga RM619 yang mungkin agak mahal, tetapi model-model lain mempunyai harga jauh lebih mampu milik yang masih lagi menambah storan dengan banyak jika diingini.

Pro:

  • Pilihan storan yang banyak
  • Harga berpatutan
  • Boleh digunakan dalam pelbagai situasi

Kontra:

  • Mudah hilang kerana saiznya yang kecil.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*