UMT Hasilkan Bahan Bakar Daripada Sisa Buangan

Bumi yang hijau kian diambang pelbagai risiko sekiranya tiada usaha untuk mengawal pembuangan sisa dan pelepasan gas yang berbahaya.

Justeru, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil tanggungjawab itu dengan menghasilkan alat penukaran sisa plastik dan minyak kepada bahan bakar.

Projek “Microwave pyrolysis – an innovative pyrolyzer to transform waste into fuel” yang dihasilkan oleh Wan Adibah Wan Mahari, pelajar program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Teknologi Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) mengambil masa kira-kira tiga tahun bermula pada 2016.

Menurut Adibah, bahan sisa buangan harian seperti sisa plastik dan sisa minyak masak terlalu banyak dan menyebabkan pelbagai risiko kepada pencemaran alam sekitar.

“Setelah memikirkan berkaitan dengan pengurusan sisa, terdetik idea untuk mencari kaedah guna semula bahan buangan dengan menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar”

“Microwave Pirolisis yang dihasilkan berupaya memendekkan proses sampel sisa buangan kepada bahan bakar. Ia juga dikatakan lebih cekap dan dalam waktu sama dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Tambah Adibah, proses ini juga sebagai langkah mengekalkan kelestarian alam sekitar.

“Microwave Pirolisis ini mengurangkan pelepasan gas berbahaya berbanding kaedah konvensional yang digunakan pada masa kini. Antara gas berbahaya yang mampu dikurangkan ialah sulphur oksida, karbon monoksida dan lain-lain.

“Selain memberi nilai tambah kepada alam sekitar, kaedah ini juga dapat mengurangkan kos operasi disebabkan tidak menggunakan pemangkin dan pelarut.

Ujar Adibah lagi, pelbagai pengiktirafan yang diperolehi menerusi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa seperti dinobatkan Pemenang Utama dalam pertandingan Inovasi Antarabangsa Korea (SIIF’16), Pingat Emas dalam pertandingan  Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’17)

Terkini, beliau turut dianugerahkan “PhD Best Project” dan “Vice Chancellor Champions Trophy (Postgraduate)” sempena Student Research Day 2019 yang diadakan di kampus Universiti Malaysia Terengganu pada 21 Mei 2019.

Untuk keterangan lanjut :

Wan Adibah Wan Mahari
Pelajar Pasca Siswazah (PhD)
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
Emel : adibah.mahari@gmail.com

6total visits,6visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.