UMT & Jabatan Meteorologi Malaysia tandatangani MoU, bangun Sistem Sebaran Maklumat Oseanografi

PUTRAJAYA, 25 Jan. 2019 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi menandatangani perjanjian MoU dengan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi meningkatkan sistem amaran dan sebaran maklumat berkaitan kejadian bencana ribut dan tsunami.

UMT diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, jalinan kerjasama itu bertujuan untuk membina sistem yang komprehensif dalam memberi maklumat terkini berkaitan keadaan laut semasa.

“UMT jalin kerjasama erat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia sejak tahun 2017 dalam pembangunan projek Ocean Forecasting Sistem (OFS). Kerjasama ini melibatkan perkongsian data atmosfera dan oseanografi di perairan Laut China Selatan.

“Terkini, UMT sekali lagi membina sinergi dalam usaha mewujudkan sebuah sistem penyebaran maklumat berkaitan ramalan suhu, arus dan gelombang. Diharapkan dengan kejayaan pembangunan projek ini, data yang dikumpul dapat disalurkan kepada agensi-agensi lain berkaitan dan digunapakai dalam pelbagai platform aplikasi yang memberi manfaat kepada industri perikanan, minyak dan gas serta pelancongan.

“Projek ini juga mampu menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan kepada komuniti pesisir Laut China Selatan sekiranya berlaku bencana ribut dan sebagainya agar langkah proaktif dapat diambil dengan kadar segera.

“Maklumat dan data ini juga dilihat mampu menyumbang kepada penetapan garis panduan serta penggubalan polisi yang akan ditetapkan oleh agensi-agensi terlibat pada masa akan datang”.

Majlis menandatangani MoU tersebut menyaksikan Alui Bahari, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Menandatangani dokumen perjanjian bagi pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sambil disaksikan oleh Ambun Dindang, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia dan Prof. Madya Dr. Aidy@ Mohamed Shawal M. Muslim, Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT.

Sumber: Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Terengganu

Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Alui Bahari menandatangani dokumen perjanjian Pertukaran Dokumen Perjanjian antara UMT dan Jabatan Meteorlogi Malaysia

647total visits,510visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.