Under Armour Melancarkan Pakaian Angkasawan Untuk Virgin Galactic

Virgin Galactic membuka pintu kepada lapangan angkasa lepas mereka pada Ogos lalu. Dari lapangan angkasa lepas ini, penumpang akan terbang ke sub orbital di dalam kapal angkasa SpaceShip Two . Hari ini mereka telah melancarkan pakaian yang akan digunakan oleh angkasawan dan krew dengan kerjasama Under Armour.

Pakaian yang diberi nama Spacewear System terdiri daripada dua lapisan sut. Lapisan dalam mengawal suhu tubuh dan peredaran darah pemakai. Lapisan kedua pula dibuat dari bahan kalis api Nomex yang juga digunakan oleh pemandu kereta lumba Formula 1.

Setakat ini lebih 600 individu telah menempah tiket untuk terbang ke angkasa lepas menggunakan perkhidmatan Virgin Galactic. Harga setiap tiket dua hala ialah $230,000 (~RM 958,000). Anda mungkin merasakan harga tiket ini adalah mahal bagi perjalanan selama tiga jam tetapi ia lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh badan angkasa lepas NASA, Rusia dan Space X.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.