Seperti dijanjikan, Telekom Malaysia hari ini telah memulakan pra-daftar untuk pakej terbaru mereka, Unifi Basic.

Unifi Basic ditujukan kepada pengguna dengan pendapatan isi rumah dibawah RM4,500. Melaluinya, ia hadir dengan pakej pada kelajuan 30Mbps pada harga langganan RM79 sebulan. Namun, berbeza dengan pakej Unifi biasa, pakej Unifi Basic hanya menawarkan akses kepada internet sahaja, dan ia dihadkan kepada penggunaan kuota 60GB sebulan.

Unifi Basic

Pakej ini menawarkan sokongan muat-turun pada kelajuan 30Mbps, dan muat-naik pada kelajuan 10Mbps. Perkhidmatan panggilan suara akan dikenakan caj sebanyak RM0.20 per minit.

Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat pra-daftar bermula hari ini melalui laman rasmi Unifi. Beberapa kriteria ditetapkan untuk pendaftaran, dimana pengguna turut perlu menyediakan dokumen tambahan seperti slip gaji (untuk yang bekerja) atau surat sokongan daripada pihak berkuasa (untuk yang bekerja sendiri); dan juga surat penerimaan BR1M.

Unifi Basic

Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana pengguna boleh menggunakan internet pada kelajuan rendah selepas data 60GB habis digunakan. Namun, tiada info mengenai kelajuan yang diberikan buat masa ini.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat untuk Unifi Basic ini melalui laman rasmi Telekom Malaysia hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.