Unifi Mobile Menawarkan Data LTE Tanpa Had Untuk 30 Hari Pada Harga RM55 Bersempena Deepavali

Unifi Mobile sedia ditawarkan dalam bentuk pelan prabayar, yang membolehkan pengguna membeli data mengikut penggunaan dan tidak terikat untuk langganan bulanan seperti versi pascabayar. Terkini, bersempena dengan Hari Deepavali, pihak TM melalui Unifi Mobile kini menawarkan promosi khas untuk pengguna.

Unifi Mobile Deepavali

Sehingga 10 November kelak, Unifi Mobile menawarkan data LTE tanpa had untuk penggunaan selama 30 hari pada harga hanya RM55. Harga penawaran ini boleh dikatakan agak rendah, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan pakej khas penawaran data tanpa had yang ditawarkan pada harga RM20 seminggu (atau 7 hari).

Sekiranya anda merupakan pengguna pelan prabayar Unifi Mobile, mungkin boleh menyemak penawaran khusus ini. Apa pun, hendaklah sedia maklum yang mana penawaran ini adalah terhad untuk penggunaan data melalui rangkaian LTE sahaja, dan tidak meliputi penggunaan pada rangkaian 3G.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.