Unifi Plus Box Kini Ditawarkan Oleh TM – Hadir Bersama Android TV

Telekom Malaysia hari ini telah mula menawarkan kotak multimedia mereka yang terbaru, iaitu Unifi Plus Box.

Unifi Plus Box boleh dihubungkan ke kaca televisyen, dan seterusnya pengguna boleh menikmati kandungan daripada Unifi TV dengan mudah padanya. Ia hadir dengan memori 2GB RAM, dan storan 8GB, selain dijana sistem operasi Android TV 9 padanya.

Memandangkan ia menggunakan Android TV, maka pengguna turut dapat mengakses ciri-ciri seperti Google Assistant untuk carian berasaskan suara, selain menggunakan fungsi Chromecast.

Unifi Plus Box

Unifi Plus Box turut hadir dengan sejumlah aplikasi terbina, termasuk BBC Player,iFlix, Viu dan juga YuppTV. Pihak TM turut menekankan akses kepada Netflix masih belum boleh digunakan pada Unifi Plus Box – dan tidak tahu sebabnya buat masa ini.

Unifi Plus Box hadir dengan pelan Unifi 30Mbps, 100Mbps dan juga 300Mbps. Pelanggan sedia ada turut boleh melanggan Unifi Plus Box dengan mengemaskini kontrak selama 24 bulan bersama-sama dengan pelan Unifi. Tiada pilihan tawaran Unifi Plus Box tanpa Unifi TV yang disediakan buat masa ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Unifi Plus Box daripada TM hari ini, dan menikmati sejumlah ciri-ciri yang disertakan – termasuk sokongan paparan 4K bersama-sama dengannya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.