Berita Menarik

Universiti Di Amerika Syarikat Menggunakan Apple Watch Dan iPhone Sebagai Ganti Kad Matriks

Pembaca : 18
0 0

Ketika di kolej dahulu kami kerap disaman pengawal keselamatan kampus kerana tertinggal kad matriks. Kad yang harus sentiasa digantung pada leher ini kurang selesa di pakai ketika cuaca panas tetapi diperlukan bagi mengakses pintu makmal, pinjaman di pusat sumber dan penanda kedatangan ke kuliah.

Di University of Alabama, mereka akan mula menggunakan Apple Watch dan iPhone sebagai ganti kad matriks pada musim luruh ini. Pelajar boleh mengakses pelbagai kemudahan kampus serta membuka pintu keselamatan menggunakan peranti-peranti pintar keluaran Apple ini. Selain Alabama, program ini turut akan diperkenalkan di Duke, University of Oklahoma, Johns Hopkins University, Santa Clara University dan Temple University.

Mungkin universiti di Malaysia boleh bekerjasama dengan AppleĀ  untuk menggunakan sistem yang sama. Kad plastik yang perlu digantung pada leher sudah ketinggalan zaman.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.