UPM & MVP Komersialkan Vaksin Wabak Penyakit Sampar Ayam (ND)

SERDANG,  30 Dis 2019 – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama syarikat Malaysian Vaccines & Pharmaceuticals (MVP) bekerjasama untuk  mengkomersialkan inovasi vaksin generasi baharu untuk mengawal wabak penyakit sampar ayam (ND) yang menyerang ayam komersial kepada syarikat.

Penyakit sampar ayam (ND) yang disebabkan oleh virus sampar ayam (NDV) adalah wabak virus burung yang mudah berjangkit dan merupakan penyakit virus yang telah menyebabkan kerugian besar terhadap industri poltri di seluruh dunia. Strategi kawalan semasa  penyakit ini bergantung kepada penggunaan vaksin berbeza  yang dibangunkan sejak lebih enam dekad lalu.

Simptom Klinikal Sampar Ayam

Namun vaksin sedia ada kerap gagal memberikan perlindungan menyeluruh. Virus ND genotip VII virulen merupakan strain NDV yang paling banyak tersebar di Malaysia dan negara-negara lain di benua Asia dan Timur Tengah sejak 10 tahun lalu.

Menurut Prof. Dr. Abdul Rahman Omar,ketua penyelidik daripada Institut Biosains (IBS) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UPM, menerusi teknologi genetik berbalik,  Vaksin Padanan-Genotip telah berjaya dihasilkan menerusi penyelidikan selama lebih 5 tahun di bawah Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, ini mampu memberikan perlindungan menyeluruh terhadap virus ND genotip VII virulen.

“Ujian yang dijalankan oleh pihak IBS UPM DAN MVP, telah mendapati hasil dapatan dalam ayam telah membuktikan vaksin ini stabil, tidak mempunyai kesan sampingan dan selamat digunakan pada anak ayam yang berumur satu hari”, katanya.

“Anak ayam yang disuntik sekali dengan vaksin ini menghasilkan paras antibodi yang tinggi selepas 3 minggu memberikan perlindungan menyeluruh daripada cabaran penyakit serta pembebasan virus ND genotip VII”, tambahnya lagi.

Melalui permeteraian Perjanjian Perlesenan (MoA) ini menerusi Putra Science Park , UPM  selaku pusat pemindahan teknologi, pihak MVP akan menjadi syarikat yang akan membangun, memasar serta menjual vaksin ini kepada pengguna. MVP merupakan kilang pengeluar vaksin haiwan tunggal di negara ini berpengalaman meluas dalam penghasilan vaksin haiwan secara komersial selama hampir 30 tahun adalah merupakan rakan industri UPM yang erat.

Pada masa ini industri vaksin Negara amat bergantung kepada teknologi luar negara dengan lebih 70% vaksin haiwan yang digunakan di Malaysia merupakan vaksin diimport.  Penyelidikan dan inovasi vaksin bagi tujuan pengkomersialan merupakan satu proses rumit yang hanya boleh diatasi sekiranya ada kerjasama erat daripada semua pihak termasuk pihak industri pada peringkat awal. Pembangunan vaksin tempatan dijangkakan dapat mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap vaksin haiwan yang diimport dan ini seterusnya akan membuka peluang kepada pembangunan fasiliti vaksin baharu. Sehingga hari ini hanya syarikat MVP sahaja satu-satunya syarikat tempatan yang berjaya menghasil dan mengilang vaksin untuk haiwan di negara ini.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Prof. Dr. Abdul Rahman Omar
Institut Biosains
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
Emel: aro@upm.edu.my
Tel: 012-3717917

Dr Nurfarahin Asyikin bt Tajul Ariff
Malaysian Vaccines And Pharmaceuticals SDN. BHD.
Lot 11182, Batu 20 Jalan Puchong Kajang,
Pulau Meranti Off Cyberjaya,
47100 Puchong, Selangor.
Laman Sesawang Rasmi MVP
Tel:03-80615701

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*