UPM-UDPS Komersil Inovasi Penyingkiran Merkuri

KENYATAAN MEDIA

UPM-UDPS KOMERSIL INOVASI
PENYINGKIRAN MERKURI

 11 Oktober 2019

Kuala Lumpur – UPM telah memeterai perjanjian perlesenan dengan Upstream Downstream Process Sdn Bhd (UDPS) bagi mengkomersilkan inovasi ImprintSorb (Mercury Removal Polymer) yang boleh menghapuskan merkuri di dalam air. Merkuri (Hg) dikenali sebagai salah satu bahan logam yang wujud dengan banyak di alam sekitar. Ia dianggap sebagai pencemar global kerana ketoksikan, jangka masa yang panjang, berpotensi menjadi pembawa dengan kadar yang lama, dan bioakumulasi. Akibatnya, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan jumlah merkuri di dalam air, Prof. Dr. Nor Azah Yusof daripada Fakulti Sains, UPM telah menghasilkan inovasi ImprintSorb (Mercury Removal Polymer) iaitu inovasi yang telah direka dan dihasilkan secara khusus untuk penghapusan Hg dengan kecekapan yang tinggi di dalam air, air yang terhasil daripada minyak dan gas, dan minyak mentah. Polimer ini menyerap Hg dalam beberapa saat dan ia boleh dikitar semula lebih daripada 10 kali. Selain itu, polimer ini juga boleh direkabentuk untuk menangkap pelbagai jenis logam berat dan mengeluarkannya mengikut keperluan pelanggan. Antara contoh jenis logam berat lain adalah arsenik, plumbum, tembaga dan sebagainya.

Inovasi Mercury Removal Polymer merupakan penjerap polimer ini terdiri daripada polimer sintetik dan ligan yang mempunyai selektiviti terhadap ion merkuri. Ion logam tersebut akan terperangkap oleh ligan polimer melalui ikatan koordinat dan seterusnya ion tersebut dikeluarkan melalui proses penyingkiran yang bertujuan untuk menyingkirkan Hg(II) ion dari sisa air kumbahan, kondensat (minyak dan gas) dan air sungai.

Menurut Prof. Dr. Azah Yusof, untuk menghadkan pendedahan merkuri kepada manusia dan alam sekitar, inovasi ini telah menghasilkan teknologi untuk penghapusan merkuri yang telah digunakan dalam pelbagai industri. Adalah dipercayai bahawa teknik ini boleh menjadi pengganti yang berpotensi untuk teknologi semasa untuk penghapusan merkuri yang telah digunakan di industri sekarang ini.

Teknologi ini menggunakan polimer di mana polimer ini dapat menyalin bentuk merkuri yang menjadikannya sangat spesifik terhadap sasarannya seperti prinsip kunci dan kunci. Kelebihan teknologi ini dapat menghilangkan logam berat serta-merta dengan 90% keupayaan penyingkiran. Polimer boleh dipasang ke dalam sistem yang sedia ada dan ia dapat dikitar semula lebih dari 10 kali. Selain itu, polimer boleh direkabentuk secara khusus untuk sebarang jenis logam berat mengikut keperluan pelanggan.

Selain itu, antara kelebihan teknologi ini ialah polimer yang dihasilkan ini merupakan produk keluaran syarikat tempatan dan boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan, menggunakan teknik pempolimeran yang merupakan teknik yang sangat mudah untuk disediakan dan selamat kerana tidak menggunakan bahan- bahan yang bertoksik, yang bertindak sebagai penapis ini mampu menyingkirkan merkuri dengan kadar yang sangat pantas iaitu hanya dalam masa beberapa saat dan boleh digunapakai semula iaitu lebih dari 10 kali.

Ahli kumpulan yang terlibat dalam menghasilkan inovasi Mercury Removal Polymer bersama Prof. Dr. Nor Azah Yusof ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah, Dr. Siti Khadijah Ab. Rahman dan Nor Ain Shahera Khairi.

Pertanyaan lanjut, hubungi:

Prof. Dr. Nor Azah Yusof
Fakulti Sains, UPM
Emel : azah1973@gmail.com
Tel: 019-2421472

Maklumat lanjut berkaitan inovasi / pengkomersialan hasil penyelidikan UPM:

Cik Nor Azizah Ismail
Bhg. Promosi dan Pemasaran Inovasi, Putra Science Park
Tel : 03-9769 2187
Emel : i_norazizah@upm.edu.my

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.