(Ura-Ura) Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone 12 Mini Bersaiz 5.4-inci

Apple dijangka memperkenalkan iPhone dibawah siri 12 pada bulan Oktober kelak. Menariknya, terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Apple mungkin memperkenalkan empat variasi penawaran dibawah siri iPhone 12.

Mengikut desas-desus terbaru yang diperkatakan, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.

Jikalau benar, maka kita akan melihat pengenalan keluarga “Mini” buat pertama kalinya. Ia diperkatakan iPhone 12 Mini ini akan bersaiz sekitar 5.4-inci, dan hadir dengan saiz takuk yang kecil.

Ia dijangka akan menggunakan Apple A14, selain sokongan rangkaian 5G bersama dengannya. Seperti diperkatakan sebelum ini, Apple dijangka tidak akan menyertakan sebarang fon telinga atau pengecas bersama dengan pengenalan iPhone baru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Apple bersama-sama siri iPhone baru ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*