Dengan perniagaan telefon pintar mereka terjejas akibat sekata perdagangan Amerika Syarikat, Huawei perlu mencari sektor lain untuk kelangsungan perniagaan. Kita mula kedengaran ura-ura Huawei akan akhirnya memasuki arena permainan video pula dengan melancarkan konsol dan komputer gaming pula. Ini adalah menurut status yang dimuat naik oleh peniris maklumat di laman Weibo.

Untuk makluman semua, sebelum ini Huawei pernah mempertontonkan sebuah konsol berasaskan Android, dinamakan sebagai Tron. Namun, ia tidak pernah dipasarkan secara meluas, dan lebih kepada dipertontonkan ketika beberapa acara Huawei sahaja.

Menurut desas-desus, Huawei dikatakan akan memperkenalkan komputer riba memfokuskan permainan video sebelum memperkenalkan konsol mereka dengan nama kod “MateStation“. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana ia mungkin berasaskan sistem komputer – dan mungkin turut boleh menyelesaikan masalah permainan dengan integrasi Steam, yang kebetulan kini menyokong pasaran China.

Sebelum ini Huawei pernah hadir dengan sebuah komputer desktop dinamakan MateStation – sebuah nama kod yang digunakan oleh peniris ini untuk “konsol” Huawei berkenaan. Sekiranya ia sebuah konsol berasaskan komputer, maka terdapat kemungkinan Huawei hadir dengan sebuah komputer yang menawarkan kuasa pemprosesan dan grafik berkuasa.

Sebelum ini, KFC pernah hadir dengan penawaran berupa sebuah komputer dengan sokongan grafik dan pemprosesan berkuasa – dan memanggilnya sebagai sebuah konsol. Adakah mungkin Huawei melakukan perkara sama? Atau adakah mereka akan hadir dengan sebuah konsol berasaskan sistem mereka sendiri – seumpama Huawei Tron?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.