TechSemut Malaysia

(Ura Ura) Intel Bakal Hadir Dengan CPU Intel Core i9 Untuk Pasaran HEDT

(Ura Ura) Intel Bakal Hadir Dengan CPU Intel Core i9 Untuk Pasaran HEDT

(Ura Ura) Intel Bakal Hadir Dengan CPU Intel Core i9 Untuk Pasaran HEDT
Mei 16
09:32 2017

Intel dikatakan akan mengumumkan siri cip pemprosesan komputer yang baru tidak lama lagi. Ini dikatakan penaiktarafan siri CPU HEDT (High End Desktop) mereka, seperti Sandy Bridge-X, Ivy Bridge-X, Haswell-X dan sebagainya.

Yang menariknya, Intel dikatakan bakal hadir dengan dua siri CPU HEDT untuk kali pertama, dan ini termasuklah siri CPU Intel Skylake-X dan juga Intel Kaby Lake-X. Kedua-dua CPU ini hadir dengan beberapa model baru, termasuklah Intel Core i7-7740K dan Core i7-7640K Kaby Lake-X, dan juga siri terbaru Intel Core i9 yang hadir dengan 6, 8, 10 dan 12 teras pemprosesan.

CPU dari siri Intel Kaby-Lake-X semuanya dikatakan hanya hadir dalam siri Core-i7, dan hanya akan hadir dalam konfigurasi empat-teras. Cip Core i7-7640K dikatakan tidak akan mempunyai sokongan HyperThreading, dan hanya CPU i7-7740K akan hadir dengannya. CPU i7-7740K akan hadir dengan kelajuan asas 4.30 GHz, dengan TurboClock sebanyak 4.5GHz. CPU i7-7640K pula akan hadir dengan 4.0GHz dan TurboClock selaju 4.20GHz.

Siri Intel Core i9 Skylake-X pula hadir dengan empat model baru, termasuklah Intel Core i9-7800X (6-teras), Intel Core i9-7820X (8-teras), Intel Core i9-7900X (10-teras) dan Intel Core i9-7920X (12-teras). Dalam pada itu, kesemua cip pemprosesan kelas tertinggi ini hadir dengan sokongan teknologi HyperThreading,

Dari segi lorong PCIe, CPU Core i9-7800X dan i9-7820X hadir dengan 22 lorong PCIe, dan ini hanya membolehkan anda menggunakan dua kad grafik (AMD CrossFireX/NVIDIA SLI) dalam konfigurasi 8X, manakala CPU Core i9-7900X dan i9-7920X pula mempunyai 44 lorong PCIe, yang tidak mempunyai masalah menyokong konfigurasi tiga atau empat kad grafik pada masa yang sama.

Menariknya, kedua-dua CPU ini menyokong soket LGA2066, akan tetapi mereka mempunyai beberapa konfigurasi yang agak berbeza. Misalnya, CPU Intel Kaby Lake-X hanya menyokong konfigurasi memori dual-channel, manakala CPU Skylake-X pula menyokong konfigurasi quad-channel.

Papan induk LGA2066 dikatakan akan hadir dengan lapan slot untuk memori DDR4, akan tetapi, jika CPU Kaby Lake-X digunakan, hanya empat slot akan diaktifkan, dan jika CPU Skylake-X digunakan, kesemua slot memori tersebut akan diaktifkan.

Buat masa ini, Intel masih belum mengumumkan tarikh khusus untuk pengumuman kedua-kedua CPU ini, tetapi kami pasti syarikat tersebut akan mengumumkan sesuatu di acara COMPUTEX di Taipei tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com