TechSemut Malaysia

(Ura-Ura) iPhone 9 Akan Dilengkapi Skrin OLED Sebesar 5.28 Dan 6.46 Inci

(Ura-Ura) iPhone 9 Akan Dilengkapi Skrin OLED Sebesar 5.28 Dan 6.46 Inci

(Ura-Ura) iPhone 9 Akan Dilengkapi Skrin OLED Sebesar 5.28 Dan 6.46 Inci
Mei 24
16:50 2017

iPhone 7S dan 8 masih belum dilancarkan. Tetapi pelbagai spekulasi mengenai rekaannya sudah banyak didengari. Antara yang disahkan setakat ini ialah penggunaan skrin OLED pada iPhone 8 yang akan menjadi peranti khas menyambut ulang tahun ke-sepuluh pelancaran iPhone.

Hari ini mula kedengaran ura-ura tentang iPhone 9 yang akan hanya dilancarkan pada tahun 2018. Menurut laporan The Investor yang memetik sumber The Bell, Apple sudah memesan 80 Juta skrin OLED untuk iPhone 9. Menarik disini ialah saiz skrin yang dipesan ialah 5.28″ dan 6.46″. Ini adalah lebih besar berbanding 4.7″ dan 5.5″ yang digunakan pada iPhone 7 dan 7 Plus.

Ini memberikan petunjuk bahawa iPhone 9 kelak berkemungkinan akan mempunyai rekaan semua-skrin seperti Samsung Galaxy S8 dan S8+. Penggunaan semua-skrin sudah lama diidamkan oleh pengguna iPhone yang sudah agak bosan dengan rekaan yang sama sejak 2007. Samsung ialah pengeluar skrin OLED terbesar di dunia dan mempelopori teknologi skrin OLED melengkung dan memanjang. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang mahukan rekaan semua-skrin seakan S8 pada iPhone akan datang?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com