Pemproses sepuluh teras Helio X30 ialah jawapan MediaTek kepada pemproses Qualcomm Snapdragon 835. Pemproses ini turut menggunakan teknologi 10nm tetapi dijual pada harga yang lebih murah. Ura-Ura mula kedengaran bahawa MediaTek kini berhadapan dengan masalah setelah pengeluar membatalkan pesanan untuk pemproses paling berkuasa yang dihasilkan mereka ini.

LeEco misalnya membatalkan pesanan kerana masalah kewangan. Pengeluar lain pula memilih untuk menggunakan Snapdragon 835 yang mencatatkan markah penanda aras yang jauh lebih tinggi berbanding X30. Setakat ini hanya Meizu, Vernee,Bluboo dan Doogee dilaporkan masih komited dengan pesanan yang dilakukan. Keempat-empat bukanlah nama besar dalam dunia peranti mudah alih. Xiaomi yang dahulunya gemar menggunakan MediaTek telah mula menghasilkan pemproses mereka sendiri seperti Surge S1. Pesanan yang rendah ini turut dipersalahkan kepada kesukaran menghasilkan pemproses dengan teknologi 10 nm. Nampaknya 2017 bukanlah tahun yang baik untuk MediaTek.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.