Permainan video yang dinanti ramai, Metroid Prime Trilogy diperkatakan bakal hadir ke platform Nintendo Switch, namun tiada maklumat atau pengumuman rasmi dibuat oleh Nintendo setakat ini.

Namun, mengikut dari sumber didalam laman web penjualan atas talian dari Sweeden Inet, permainan Metroid Prime Trilogy telahpun disenaraikan semenjak tahun 2018, dan kini dikemaskini dengan tarikh pelancaran permainan ini, iaitu pada 19hb Jun nanti.

Walaubagaimanapun ianya masih tidak ketahui kesahihannya dan jikalau benar, kita bakal terima maklumat rasmi oleh Nintendo kelak.

Metroid Prime Trilogy asalnya adalah permainan yang dilancarkan untuk platform GameCube dan Wii dan ianya pernah ditambahbaik semula untuk Wii U.

Sumber: VG247.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.