TikTok merupakan salah satu fenomena media sosial yang mengejutkan ramai pihak, dimana ia mempunyai angka pengguna aktif yang tinggi dan meningkat dari hari ke hari. Aplikasi berkenaan memudahkan pengguna berkongsi video selama 15 saat yang diadunkan dengan muzik melaluinya.

Akhir-akhir ini, TikTok menerima serangan daripada pelbagai pihak, mengatakan ia membawa kepada masalah sekuriti dan sebagainya. Salah satu sebab yang dikaitkan adalah kerana ia dimiliki oleh syarikat yang berpusat di China, iaitu Bytedance.

Lanjutan daripadanya, beberapa pelabur telah mula mengorak langkah untuk mengasingkan operasinya untuk di Amerika Syarikat (atau pada peringkat global). Terbaru, ia diperkatakan Trump, presiden Amerika Syarikat akan mengeluarkan arahan kepada Bytedance untuk melupuskan pegangan pada TikTok dan menjualnya.

Menariknya, selari dengannya, kini hadir desas-desus mengatakan Microsoft mungkin berminat untuk mengambil-alih operasinya.

Desas-desus baru ini agak menarik, memandangkan Microsoft sedia mempunyai laman sosial untuk pekerja profesional, iaitu LinkedIn. Sekiranya benar Microsoft mendapatkan TikTok, ia mungkin akan turut memudahkan mereka untuk turut mendapatkan akses kepada pengguna muda dan remaja.

Buat masa ini, hal ini masih diperingkat desas-desus, tanpa sebarang maklumat lanjut berkaitan dengannya lagi. Seperti biasa, mungkin terdapat beberapa pihak lain yang turut berminat mendapatkan perkhidmatan TikTok yang kian popular ini.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda sekiranya Microsoft benar-benar mendapatkan TikTok?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*