Oppo F3 Plus baru sahaja dilancarkan minggu lalu dengan sistem dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ini membolehkan pengguna mengambil gambar selfie biasa ataupun berkumpulan dengan lebih mudah kerana dilengkapi lensa sudut lebar. Kini kedengaran ura-ura Oppo R11 akan dilancarkan Jun hadapan dengan sistem dwi-kamera di bahagian hadapan dan belakang.

Dua versi dijangka dilancarkan dengan saiz skrin 5.5″ dan 6″ dengan kedua-duanya diperkasakan pemproses Snapdragon 660. Rekaan Oppo R9 dipercayai akan dikekalkan kerana ia amat mendapat sambutan yang baik dari pengguna. Ura-ura paling menarik mengenai R11 ialah ia mungkin menggunakan sistem kamera berkembar Dual Camera Zoom yang memberikan kemampuan zoom sehingga 5X nirhilang (lossless) mereka. Teknologi periskop yang diperlihatkan di MWC ini akan mengurangkan bonjolan kamera.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.