Apple sedang membangunkan telefon boleh-lipat mereka dengan prototaip telah dihantar ke Taiwan dengan skrin pula menerima bantuan dari LG. Kini kedengaran ura-ura dari laman MyDrivers yang mengatakan Apple akan menghentikan pengeluaran iPad Mini bagi memberi laluan kepada peranti skrin boleh-lipat pertama mereka.

Peranti dengan skrin OLED 7″ boleh-lipat ini dipercayai akan dikeluarkan dalam masa 2-3 tahun lagi. Selain skrin boleh-lipat, peranti turut dipercayai akan membawakan sokongan Apple Pencil. Ini ialah tindakan yang maakul kerana Samsung Galaxy Z Fold tahun ini turut dilaporkan akan menyokong S Pen.

Apple kerap mengambil masa beberapa tahun untuk mengikut langkah pengeluar Android. Jika Samsung mungkin mematikan siri Galaxy Note, Apple mematikan siri iPad Mini juga adalah tindakan yang mungkin tidak popular.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.